Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Sabtu, 16 Julai 2011

PENCINTA










                                                                                                                                                                                                                                   Jadilah pencinta Akhirat yang kekal abadi, bukan pencinta dunia yang sementara. Ikutlah resmi tukang jaga parking.

“Walaupun keretanya banyak tapi ia tidak pernah sombong, walaupun keretanya bertukar-tukar saban hari tetapi ia tidak pernah takbur, walaupun keretanya diambil semuanya tetapi hatinya pasrah dan tenang. Kenapa? Kerana ia tidak pernah merasa MEMILIKI, semuanya itu hanyalah pinjaman. Ya, inilah hidup dan dunia yang sedang kita hidupi … semuanya hanyalah pinjaman.”







Khamis, 14 Julai 2011

Nikmat anak dara syurga..


         Kejayaan kita di bumi Allah hanya apabila kita dapat tunaikan perintah Allah ikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w Kejayaan kita di akhirat pula hanya apabila kita berjaya memasuki ke syurga Allah taala. Dunia merupakan tempat utk kita kawal nafsu.. Manakala tempat utk kitapuaskan nafsu hanya di syurga Allah. Di dunia, nafsu yg kita layan tidak akan puas smpi bila-bila. Tetapi di syurga Allah akan layan nafsu kita sepuas2nya. Antara nikmat yg Allah kurniakan kpd kita adalah bidadari.
         Siapa itu bidadari? Dlm Al-Quran bidadari disebut berulang2 kali. Bidadari ini tidak pernah disentuh oleh jin mahupun manusia. Dlm riwayat ada mengatakan Bidadari ini kekal dara smpi bila-bila. Satu bidadari akanmenundukkan pandangannya kpd mana2 lelaki kecuali si empunya bidadari. Anak dara syurga ini akan memandang tuannya sahaja seumur hidupnya yakni selama2nya. Bidadari ini sentiasa rasa gelisah dan gundah gulana manahan sabar utk bertemu si pemilknya. Apabila isteri org beriman tidur dgn suaminya, maka bidadari akan berasa teramat cemburu. Lalu para bidadari pun berkata, Kmu wahai isteri hanya akan bersamanya sementara sahaja di dunia manakala kami akan bersamanya selama2nya di dalam syurga.
         Diceritakan kepada kita sekiranya bidadari turun ke bumi, sekiranyadiludahnya lautan akan manis segala tujuh lautan. Sekiranya lelaki terpandang bidadari maka terpancut time tu jgk.. lalu jatuh pengsan. Org perempuan pula akan menganggap itulah tuhan kerana indahnya bidadari itu. Sekiranya kita sudah bersama dgn bidadari-bidadari di syurga, Jika Allah beri peluang utk kita balik ke bumi dan Allah kurniakan kpd kita perempuan tercantik di atas muka bumi, jika kita lihat perempuan itu maka kita akan muntah dan jijik tgk perempuan itu. Begitulah keanggunan bidadari yg tidak ada tolok bandingnya.
          Dlm satu kisah, para Dae mempunyai paling bnyk bidadari. Satu hadis menulis sekurang-kurangnya 2.5 juta bidadari bahkan ada yg mengatakan 4.2 juta. Satu bidadari kita lihat saja itu pun sudah satu kenikmatan yg amat sgt.Bertahun-tahun kita kaku melihat bidadari sahaja. Kita akan bersama dgn satu bidadari selama berpuluh-puluh tahun. Kalaulah malaikat tak tegur kita, kita bersama bidadari itu saja selama2nya. Smpi lupa kita ada 2.5 juta bidadari lg masyaAllah. Bidadari ini mempunyai 70 lapis pakaian. Dibukanya satu persatu bertambah-tambah cantikSehinggalah tidak berpakaian itulah yg paling cantik..hehe.. Kalaulah Allah tidak mengurniakan kpd kita 70 kekuatan laki-laki maka nak berjimak dgn bidadari pun tak sempat sbb asyik terpancut saja hehe.. MasyaAllah itulah nikmat anak dara syurga yg kekal dara smpi bila-bila. 
        Dlm suatu kisah, diceritakan kepada kita, apabila para malaikat menunjukkan kepada kita dlm satu bilik ada 70 katil. Di setiap katil ada seorg bidadari, baru sahaja kita mahu menikmati bidadari itu, tiba-tiba dtg malaikat cuit kita, "kamu tidak mahu melihat bidadari-bidadari lain ke? " masyaAllah. Katil di syurga bkn tebal 3 kaki bahkan setebal langit dan bumi. Ntah2 sesat nk cari bidadari pun tak jumpa. haha.. Can U imagine? tak payah imagine, tak smpi punya.. yaken sahaja InsyaAllah haha.. Di dunia, jika isteri kita buat kita kecil hati sahaja, bidadari di syurga akan memaki-maki isteri kita.Bidadari sentiasa hatiya teramat cintakan pemiliknya seperti satu org yg sedang angau. Seluruh badan bidadari menunjukkan kerinduan dan taksub yg amat sgt kpd pemiliknya. Setiap inci tubuh bidadari menunjukkan betapa dia suka sgt kpd pemiliknya. Tuan-tuan perkara ini kita tidak nmpk. Tp yakenlah jika kita laki-laki beriman, Allah simpan bidadari ini utk kita InsyaAllah. Dalam Surah Ar-Rahman, gambaran rupa bidadari adalah seperti mutiara yg tersimpan rapi. Sesiapa pun tidak pernah lihat bahkan disentuh pun. Mata bidadari bulat umpama mutiara.MasyaAllah..
        Tuan-tuan, anak dara dunia tidak ada apa-apa. Cantik mcm Siti Nurhaliza pun, kentut mesti busuk punya, ketiak tak buh deodorant mesti busuk jgk. anak dara syurga, ketiak dia masyaAllah putih melepak, wangi sewanginya haha.. Bg org perempuan usahlah sedih mendengar cerita ini kerna cerita2 begini akan menaikkan keghairahan utk org lelaki beramal. Ketahuilah perempuan yg beriman wajahnya akan lebih cantik drpd bidadari, bahkan isteri yg beriman akan menjadi ketua bidadari suaminya di dalam mahligai syurga. Anggaplah bidadari ini gundik anda belake. Persoalan sekarang adakah kita tak jelous? of course la tidak sbb Allah akan cabut segala perasaan cemburu di hati penduduk2 syurga maka hidup aman dan sentosalah kita kekal abadi selama2nya. Utk tempah anak dara syurga perlukan pengorbanan dan susah payah kita di dunia. Para Dae yg buat dakwah cara Rasulullah ni jika bertemu bidadari, maka bidadari akan pengsan melihat kita tetapi para abid pula akan pengsan tgk bidadari.. InsyaAllah mahu pulun anak dara dunia saja ka? mau anak dara syurga? anda pilih InsyaAllah..

Rabu, 13 Julai 2011

Hukum memberi salam dan menjawabnya...



Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki.

1. Memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.

2. Memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang..

3. Memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan.

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan.

1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.

2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.

3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberi salam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.

4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.

5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.

6. Apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.

7. Harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa.

1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya

2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak.

1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafaz dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.

2. Sekiranya orang yang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafaz dan isyarat.

Ucapan salam antara orang yang boleh bertutur dengan orang yang bisu.

1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.

2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas ?????? sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafas????? ??? ?? ???? ????? pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir.

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita.

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orang yang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)

2. sedang jimak.

3. sedang istinja.

4. sedang minum.

5. sedang makan.

6. sedang tidur.

7. sedang mengantuk.

8. sedang sujud.

9. sedang sembahyang.

10. azan.

11. iqamat.

12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:

1. Kanak-kanak kepada orang dewasa.

2. Orang sedikit terhadap orang yang banyak.

3. Orang yang datang terhadap orang yang duduk

4. Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki.

Sabtu, 9 Julai 2011

hri ni aq dpt pingat larian bndr penawar -pengerang..10 km tue..ahahhha..dasyhat..!!!




EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini  ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cubamenjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.

Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang  mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.

Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,sembilan darinya terletak dalam diam".


Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
 
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;


'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".


Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat.

Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.


Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. 

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.


Diam tidak bermakna lemah..
malu tidak bermakna sombong..
menangis juga tidak bermakna sedih.
senyum tidak bermakna gembira..
tersungkur tidak bermakna kita jatuh..

Kadang kala diam itu tandanya kita berfikir
dan malu itu tandanya kita berprinsip
menangis juga tidak semestinya bersedih,
tetapi mungkin menangis kerana sesuatu yg
paling utama dari yg utama..

Kadang-kadang juga senyuman yg terpamer
menunjukkan yg kita gembira..
tetapi sebenarnya melakar sejuta
lukisan hati yg tersembunyi penuh makna.
tersungkur bermakna HAMPIR jatuh..
tetapi tidak bermakna kita akan jatuh...

Hidup, tidak selalunya sama mcm yg kita impikan..
tidak pernah serupa seperti angan-angan..
tetapi tidak jauh berbeza dari lakaran kehidupan
yg di rancang..

biar berdiam dlm berpegang teguh pd prinsip diri
dari petah berkata-kata yg tiada isi...
biar dilabel sombong kerana malu
asal tidak tercalar imej seorang mujahidah..
Biar menangis dgn derasnya asal tangisan itu kerana Allah..

Biarlah dikata tersenyum bahagia asalkan
apa dihati hanya DIA yg mengerti...
biar tersungkur mengenal hidup tetapi jgn jatuh sebelum
FAHAM erti kehidupan...

Jadilah seorang insan yg bergelar mujahid,mujahidah..
janganlah jadi insan yg hidup tanpa mujahadah...

.::ighfirli Ya Allah atas kekurangan dan kelemahan dalam mentarbiyah diri::. :)
@>--------


Rabu, 6 Julai 2011

salam untuk sahabat ku xkiralah diman jua kamu berada..kau tetap shbt baik ku..