Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Sabtu, 27 Ogos 2011

cinta sejati ibu terhadap anak (^_^).



Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr 
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunanmu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil menghuyungkan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
“Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang. Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.”

Rabu, 24 Ogos 2011

.......

~sesiapa pun boleh memperbaiki diri..
sesiapa pun boleh mengubah diri..
menuju ke arah yang lebih baik..
perubahan itu tersedia untuk semua orang..

“ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

ya allah..

‎_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________
__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________
__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma
tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________
_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________
______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________
____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________
__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§
¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶
¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§
§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§
§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶
¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶
¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶
__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_
__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___
__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______
__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______
__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____
__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___
__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1
__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶
¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§
§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§
§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█
███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯
¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨
*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝Iman Itu Di Hati..

(^_^).............


Ya.. dengan senyumanmu yang cantik,yang mengirimkan cinta dan mengutus kasih sayang bagi orang lain

Ya.. dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.

Ya..dengan derma yang membahagiakan si miskin,menyenangkan orang kafir,mengenyangkan perut yang lapar.

Ya..dengan kesediaanmu duduk bersama Al-quran seraya membaca,merenungi dan mengamalkannya,sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya..dengan banyak berzikir,memohon ampun,rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.

Ya..dengan mendidik anak-anakmu dengan agama,mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya..dengan rasa malumu dan hijab(penutup aurat) yang diperintahkan Allah,kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya..dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah,menyukai pengamalan agama dan menghormati norma-norma etika.

Ya.. dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya,menyambung persaudaraan,menghormati tetangga danmenyantuni anak yatim.

Ya.. untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah,buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan

Isnin, 15 Ogos 2011

Doa Untuk Mendapat Beribadat Pada Malam Al-Qadar



BismiLlah... Selawat...

Ya Allah, tolonglah kami semua untuk memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya. Amin. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan kemudahan untuk beribadat dibulan ini, lebih-lebih lagi di malam al-Qadar Ya Allah. Ya Allah, jika kami tidak layak kerana banyak dosa, maka ampunilah dosa kami. Ya Allah jika kami tidak layak kerana kekurangan Ilmu, maka tambahkanlah Ilmu itu, Ya Allah jika kami tidak layak kerana kurang amalan, maka berikanlah taufiq kepada kami untuk beramal bermula dari saat ini. Amin.Ya Allah jika kami terlalai, terlupa atau disibukkan oleh sesuatu pada malam al-Qadar itu, maka bantulah kami supaya kami ingat, bantulah kami supaya kesibukan itu menjadi ringan dan cepat selesai atau diselesaikan oleh orang lain. Amin.Ya Allah, jika ada orang mahu mengajak kami bergaduh pada malam itu, tolonglah jaga hati kami agar tidak marah. Ya Allah jika ada maksiat yang berlaku dihadapan kami pada waktu itu, tolonglah kami agar kami tidak suka pada maksiat itu, dan kalau boleh kami mampu pula untuk mencegah atau menegurnya dengan hikmah dan mau'izah hasanah. Amin.

Ya Allah, Jika kami pernah makan makanan yang haram, maka maafkanlah dosa kami dan halalkanlah makanan kami itu. Ya Allah jika kami pernah menzalimi orang, maka tolonglah maafkan segala dosa mereka, agar mereka tidak menuntut kami di akhirat nanti dengan memberikan dosa mereka kepada kami. Bahkan tolonglah kami agar mereka memaafkan kesalahan kami itu dengan kebijaksanaan-Mu jua ya Allah. Amin.

Ya Allah, Maafkan jua dosa kedua orang tua kami, keluarga kami, kawan-kawan kami. Dan seluruh umat Islam. Dan mohon jadikanlah bagi kami Ramadhan kali ini agar menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kami Ya Allah. Amin.

Ya Allah, kuatkanlah umat Islam. Menangkanlah umat Islam. Kukuhkan perdamaian di antara umat Islam. Maafkan semua kesalahan umat Islam. Selamatkan semua umat Islam dari api neraka Ya Allah. Amin.

Ya Allah, kami tidak mempunyai Tuhan selain daripada-Mu untuk kami memohon keampunan dan memakbulkan doa kami ini. Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri. Dengan RahmatMu kami memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal A'lamin.
❤❤❤❤❤¸¸ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤❤❤❤❤

♥ Ya Allah bukakan PINTU RUMAH HATIku yang terkunci dengan kunci KEREDHAANMu..
♥ Ya Allah MUATKAN rumah hatiku dengan RUANG TAMU keimanan,DAPUR kezuhudan, BILIK ketakwaan..
♥ Ya Allah HIASKAN rumah hatiku dengan PASU BUNGA kasih sayang CERMIN kesabaran,LAMPU kebenaran..
♥ Ya Allah berikan SUASANA rumahku dengan suasana KETENANGAN dan
KECINTAAN kepadaMU tuhan..

Ahad, 14 Ogos 2011

‎"PENAWAR SAKIT HATI ^_^"

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, berteman, maupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa yang satu ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apalagi, mengingat manusia adalah mahluk sosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.

Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah sepele hingga masalah besar, dapat menjadi pemicunya. Misalnya berawal dari perbedaan pendapat, adanya konflik atau ketidakcocokan, hingga iri dan dengki. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama bercokol dalam hati, maka tidak sehatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan. Lebih jauh lagi, hal itu bisa menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana memenej rasa sakit hati, agar tidak membuahkan dosa dan azab-Nya bagi kita sendiri? Allah dan Rasul-Nya telah mengajarkan kiat-kiat tersendiri yang dapat menjadi penawar, bila diamalkan. Apa sajakah itu?

MUHASABAH (KOREKSI DIRI)

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Bisa jadi kita merasa tersakiti oleh saudara kita, padahal ia tak bermaksud menyakiti. Cobalah bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita sampai bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.

JAUHKAN DIRI DARI SIFAT IRI, DENGKI DAN AMBISI

Iri, dengki dan ambisi adalah beberapa celah yang menjadi pintu bagi syetan untuk memasuki hati manusia. Ambisi yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandasi iman, seorang yang ambisius cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan ambisinya.

Demikian sifat iri dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat materi, kehormatan dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tak akan pernah bisa bersyukur, karena selalu merasa kurang. Ia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan atas dirinya. Maka hapuslah terlebih dahulu sikap cinta dunia, sehingga dengki pun sirna.

Rasulullah bersabda, “Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Yaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian memenangkannya atas kerakusannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

MENJAUHKAN DIRI DARI MARAH DAN KERAS HATI

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, maka kadang manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah melemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syetan pun semakin leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahwa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami bisa membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

TUMBUHKAN SIFAT PEMAAF

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Demikian firman Allah dalam Al-Qur’an Surat Al-A’raf: 199.
Allah sang Khaliq saja Maha Pemaaf terhadap hamban-Nya. Tak peduli sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika ia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya. Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepantasnya berlaku sombong, dengan tidak mau memaafkan kesalahan orang lain, sebelum ia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda, “Bertakwalah kepada Allah dimana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, niscaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan pergaulilah manusia dengan ahlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi)

BURHUSNUDZON (BERPRASANGKA BAIK)

Allah berfirman, “Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa. Dan jangalah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebagian kalian menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12)

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga ia melecehkan saudaranya. Ia mengatakan yang macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik. Tentu, itu adalah hal yang tidak dibenarkan. Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mawas diri terhadap titik-titik rawan yang sering memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

TUMBUHKAN SIFAT IKHLAS

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Ia tidak memiliki pamrih yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka ia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun ia bersabar. Ia selalu percaya bahwa Allah akan senantiasa memberikan yang terbaik bagi hambanya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah memenej kalbunya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepada-Nyalah ia mengantungkan harapan.

Nah bila anda saat ini sedang dilanda sakit hati,..
Cobalah amalkan kiat diatas. Insya Allah, beban hati akan berkurang. Dada anda pun terasa lapang. Insya Allah.

Sumber :
Majalah Nikah edisi 6/I/2002. hal. 32-33

Pakabar Hatimu Sahabat RH?
Semoga menjadi artikel ini menjadi penawar sakit hati, bagi antum yang sedang sakit.

HAVE A BLESSED DAY!
Salam bahagia selalu dari admin.
Semoga Hati kalian tetap sehat dan utuh, tidak patah atau gundah ^_^

Khamis, 11 Ogos 2011

(^__^)

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh... 

Beristighfarlah..~


Ada ketika kita lalai untuk mengucapkan istighfar.Walhai ia mudah untuk dilakukan.Lebih malang lagi jika lafaz istighfar tidak pernah meniti di bibir.Namun tahukanh anda,dengan beristighfar,ia sebenarnya menjadi perisai dari segala godaan syaitan yang sentiasa meruntun hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa.Tetapi kita selalu terlupa.Ulama salaf,Ibnu Jauzi menjelaskan,"Sesungguhnya Iblis berkata,aku membinasakan anak adam dengan dosa-dosa.Mereka akan membinasakan aku dengan istighfar dan kalimah laillaha illallah.Maka ketika aku melihat di antara mereka seperti itu,aku pon menyelusup masuk pada diri mereka hawa nafsu.Sehingga diri mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.
Justeru seorang lagi ulama salaf,Rabi' bin Khutsaim berkata,"Memohonlah dengan bersungguh-sungguhnya kepada Ya Robb(tuhan)kamu,dan berdoalah kepadaNya di saat lapang.Sebab Allah berfirman,"Barangsiapa berdoa kepada Ku di saat lapang,Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit.Barang siapa meminta kepada Ku,maka Aku akan memberinya,barang siapa tawadduk(merendah diri) kepada Ku,Aku akan mengangkatnya.Barang siapa mengabdikan dirinya kepada Ku,Aku akan merahmatinya.Dan barabg siapa memohon keampunan kepada Ku,Aku akan mengampuninya."

Sabtu, 6 Ogos 2011

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA….

i1. DUNIA ITU RACUN, ZUHUD ITU UBATNYA…
2. HARTA ITU RACUN, ZAKAT ITU UBATNYA…
3. PERKATAAN YANG SIA2 ITU RACUN, ZIKIR ITU UBATNYA…
4. SELURUH UMAT ITU RACUN, TAAT ITU UBATNYA…
5. SELURUH TAHUN ITU RACUN, RAMADHAN ITU UBATNYA…

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI…

1. AKU RUMAH YG TERPENCIL, MAKA KAMU AKAN SENANG DGN SELALU MEMBACA AL-QURAN…

2. AKU RUMAH YANG GELAP, MAKA TERANGILAH AKU DGN SELALU SOLAT MALAM…

3. AKU RUMAH PENUH DGN TANAH DAN DEBU, BAWALAH AMAL SOLEH YG MENJADI HAMPARAN…

4. AKU RUMAH ULAR BERBISA, MAKA BAWALAH AMALAN BISMILLAH SBG PENAWAR…

5. AKU RUMAH PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIR, MAKA BANYAKKANLAH BACAAN “LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”, SUPAYA KAMU DPT JAWAPAN KPDNYA…

NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA:

Ada 4 di pandang sbg ibu, iaitu:

1. Ibu dr segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dr segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dr segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dr segala CITA-CITA adalah SABAR.

ORG YG TIDAK MELAKUKAN SOLAT:

subuh : dijauhkan cahaya muka yg bersinar

zohor : x diberikan berkah dlm rezekinya

asar : dijauhkan dr kesihatan/ kekuatan

maghrib : x diberi santunan oleh anak-anaknya
syak : dijauhkan kedamaian dlm tidurnya

CARA CARA MENGKHUSYUKKAN SOLAT

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah. 2. Menjaga makan minum terjamin halalnya. 3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin. 4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya  tidak timbul kebimbangan dalam solat. 5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota. 6. Memakai pakaian yang bersih dan suci. 7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran. 8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya. 10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita. 11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir. 12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan. 13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat. 14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat. 15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud. 16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat. 17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

lailatul qadar

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".     Sebab turun surah al-Qadr Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira. Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."     Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain." Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan. Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.     Doa khusus di Malam Lailatulqadar Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut 1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut" Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah: 1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya. Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.     Tanda Malam Lailatulqadar Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar: - Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita. - Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Jumaat, 5 Ogos 2011

SAYA TUNGGU AWAK !!!

Awak....mane awak...saya rindu awak....saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak cakap nak hug saya,.masa awak buat semua tu saya terkejut juga tapi saya peduli kan saja sebab saya nak gembira kan awak..saya tak mampu nak luahkan rasa serba salah saya padaNya tu kat awak..walau saya tahu tu dosa..bodohkan saya.. Memang la awak tak kasi boy lain usik saya..ingat lagi ayat awak" suami mane tak sedih kalau isteri dia kena kacau...awak sweet sangat.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? sedih juga hurmmmm...tapi tak apa awak jangan risau saya akan jaga diri saya untuk awak..pesan awak."tolong jaga diri tu k yang" tak akan saya lupa,,,dulu hari2 awak pesan kat saya..saya akan jaga diri saya macam mana saya jaga cinta awak dalam hati saya ni..

Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..sumpah..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, kita lalai?? kita lupa kat Dia yang dah cipta kita, yang kasi kita perasaan cinta ini.., kita lupa dosa.. kita lupa Tuhan..Takut la...jadi saya pasti dengan keputusan kita untuk berpisah buat sementara walau amat sukar untuk saya hadapi,,,,hidup tanpa awak...tanpa semangat dan dorongan dari awak...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Awak baik, selalu solat awal..solat sunat awak sempurnakan... Tapi takut bila dengan saya awak lupa solat kan?? Beratus duit awak habis untuk saya kan?? untuk call saya,masej saya hari2 hadiah waktu hari lahir saya..Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape kita tak simpan duit tu dulu kan..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang kan.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..saya tahu cara kita dulu salah.... Saya takut laaaa...

Awak..saya yakin....Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven still mcm dulu??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti..saya dah fikirkan dah... Sayamaluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita..bertahun saya fikir... Betul saya sayang awak..Awak.. Saya dah fikir lama cume saya tak kuat...saya tahu awak lagi kuat dari saya... Lepas ni, kalau awak xmesej saya, xnak jumpa saya, xnak call saya, saya faham.. Saya taw awak buat camtu sebab awak sayang saya sangat2.. cume...saya minta awak jage diri awak bila saya tak ada dengan awak...awak jaga iman awak k...awak jangan lupakan saya atau mencari cinta yang lain selain cintaNya....sebab saya sentiasa menanti awak..Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. kita tak dapat jumpe,,,,Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??saya setuju dengan keputusan awak....

dulu saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya,.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya janji tak akan curangi cinta awak sebab saya dah janji dengan awak..saya harap awak pun begitu..awak jangan tipu saya k saya ingat janji awak untuk memperisterikan saya... Saya nak jadi the best wife untuk awak.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak..Saya nak jadi bidadari awak yang forever..awak jaga hati awak untuk saya k sebab hati saya tetap untuk awak....

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun...itu yang saya fikir dulu..saya minta maaf... Sape lagi nak tegur saya kalau bukan awak??terima kasih ...saya anggap alasan awak untuk meninggalkan saya ni sebagai teguran...saya nak jadi isteri yang solehah untuk awak.. Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? saya tahu awak nak hurmm Awak.. awak xnak dah jumpa saya...walau memang dah bertahun kita tak jumpe....walau pon hati saya amat sangat merindukan awak...kalau kita jumpa mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak. awak pon kuat k

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? saya berubah tapi perasan kasih sayang dan cinta saya pada awak tak akn pernah berubah.. Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..dah lama saya fikir ni wak huhu... tapi saya tak kuat nak cakap sebab saya tak sanggup kehilangan awak..sekarang saya sedar yang saya bukan kehilangan awak tapi "berpisah untuk sementara demi kasihNya" saya dah sedar...syukran ye awak..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini..i love and miss you so much.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca benda ni..awak jaga diri k..i love and miss u so much.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..awak jangan lupa kan nanti awak suruh mama awak datang masuk minang k...im waiting for you forever..forever and ever...  

thE eNd~...

* urm,,, ambilah Iktibar drp kIsah ini,, yg kUrg baEk itu jadIkan tEladan.. dan jadIkan cerita ini sEbagai pAnduan...
sEsungguhnya.... الله يعلم  *

~ b=>

renung2kn & selamat beramal

Muhasabah Diri Kejap.... :D , CURI MASA SAT 3MINIT... KALO TERLEBEY, IM SORRY :)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

(^_^)..

Bismillahirrahmanirrahim | Alhamdulillah ya Allah
'' ya Allah ... Ampunilah segala dosa-dosa ku...,Ampunilah segala dosa kedua IbuBapa kami ..,kasihanilah kedua IbuBapa kami..seperti mana mereka mengasihi ku sedari kecil Ya Allah... '' amin amin amin ya Rabbal'alamin

'' ya Allah..limpahilah kami Rahmat mu ya Allah ..dan mudah-mudahan kami sentiasa dlm lindungan mu ya Allah..dan mudahan kami sentiasa dlm keredhaan mu ya Allah ...'' amin amin amin ya Rabbal'alamin

'' ya Allah... Limpahilah kami umur yg panjang ,kesihatan yg baik ..,dan berikan lah kami kesejahteraan , keselamatan , kebahagiaan buat kami ..dan mendapat kebaikan di duni & di akhirat ya Allah...dan mudahan kami semua menjadi Ahli Syurga mu ya Allah ''
Amin amin amin ya Rabbal'alamin...amin amin amin ya Allah ya Rahman ya Rahim

Ya Allah...lancar kn lah dan berikan lah kami kemudahan pada setiap urusan kami ya Allah ..., memudahkan pada setiap yg sukar itu...amat mudah di sisi mu ya Allah ...,hanya kpd mu kami meminta dan memohon ya Allah...limpahilah dan berikan lah kami kemudahan serta kelancaran pd setiap urusan kami ya Allah...dan semoga beroleh kejayaan dan kebaikan pda kesudahan nya ya Allah...
Amin ya Rabbal'alamin ya Allah

Dia Bidadari Dunia, Dia Bidadari Akhirat







ALANGKAH beruntung suami yang dikurniakan ‘syurga dunia’ iaitu isteri solehah. Rasulullah bersabda yang bermaksud; “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (Hadis riwayat Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).


Jika merancang berumah tangga, pilih jodoh yang ditetapkan agama supaya berkekalan ke akhir hayat.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan empat ciri iaitu kerana harta bendanya, keturunannya (kemuliaan keturunan), kecantikannya dan pegangan agamanya. Oleh itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Bolehkah kita selidiki apakah tanda atau ciri seorang isteri solehah? Antaranya ialah mentaati suami dan mengasihinya sepenuh perasaan.

Isteri solehah sentiasa memohon kemaafan suaminya meskipun melakukan kesalahan. Maka, amalan itu melambangkan mereka berhak digelar wanita berkeperibadian unggul.


Selain itu, isteri solehah sentiasa mencurahkan keimanan kepada Allah dengan sepenuh hati. Isteri berhak menasihati suami jika mereka tersilap langkah, tetapi perlu secara bijaksana selain mendokong tugas suami mentadbir keluarga.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih serta sayang.” (Surah Ar-Rum ayat 21).

Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah memberikan panduan dalam memilih jodoh dan calon isteri solehah? Apabila mempunyai nilai keagamaan, seseorang isteri itu memiliki akhlak serta menjadi contoh kepada anak.

Suami perlu banyak bersabar serta saling menasihati isterinya dengan penuh hikmah. Daripada Aisyah r.a yang menceritakan: ‘Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi: “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (Hadis riwayat al-Hakim).

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda kepadanya, dia akan masuk syurga”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi).

Islam mewajibkan seorang isteri melayani tuntutan suaminya dengan baik selepas ikatan ijab dan kabul. Memang benar, bukan mudah mendapat tingkatan isteri solehah.

Paling utama, wanita itu perlu berusaha mengikis sebanyak mungkin sifat mazmumah dalam dirinya selain bergantung pengharapan sepenuhnya kepada Allah Taala.

Tidak kira suami atau isteri, masing-masing punyai kekurangan diri yang dilengkapi pasangan masing-masing. Namun, isteri tetap perlu menjalankan ‘tugas’ utama - menghormati suami dalam apa jua keadaan.

Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suami. Mereka dilaknat selagi tidak bertaubat.

Nusyuz ditakrifkan sebagai seorang isteri yang tidak melakukan ketaatan terhadap suaminya. Namun, Islam meletak beberapa panduan jika suami berdepan dengan masalah isteri nusyuz.

Antaranya, jika berasakan isterinya ada tanda nusyuz seperti menjawab percakapan suami dengan nada yang kasar, bermasam muka, disunatkan suami memberi nasihat kepada isterinya terlebih dahulu. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; jika engkau membiarkannya dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468).

Justeru, kepada wanita bersegeralah melakukan perkara yang boleh membahagiakan suami dan rebutlah peluang sementara masih diberikan waktu ini menuju ke syurga 
dengan melaksanakan kewajipan mentaati suami.