Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Sabtu, 9 Julai 2011


Diam tidak bermakna lemah..
malu tidak bermakna sombong..
menangis juga tidak bermakna sedih.
senyum tidak bermakna gembira..
tersungkur tidak bermakna kita jatuh..

Kadang kala diam itu tandanya kita berfikir
dan malu itu tandanya kita berprinsip
menangis juga tidak semestinya bersedih,
tetapi mungkin menangis kerana sesuatu yg
paling utama dari yg utama..

Kadang-kadang juga senyuman yg terpamer
menunjukkan yg kita gembira..
tetapi sebenarnya melakar sejuta
lukisan hati yg tersembunyi penuh makna.
tersungkur bermakna HAMPIR jatuh..
tetapi tidak bermakna kita akan jatuh...

Hidup, tidak selalunya sama mcm yg kita impikan..
tidak pernah serupa seperti angan-angan..
tetapi tidak jauh berbeza dari lakaran kehidupan
yg di rancang..

biar berdiam dlm berpegang teguh pd prinsip diri
dari petah berkata-kata yg tiada isi...
biar dilabel sombong kerana malu
asal tidak tercalar imej seorang mujahidah..
Biar menangis dgn derasnya asal tangisan itu kerana Allah..

Biarlah dikata tersenyum bahagia asalkan
apa dihati hanya DIA yg mengerti...
biar tersungkur mengenal hidup tetapi jgn jatuh sebelum
FAHAM erti kehidupan...

Jadilah seorang insan yg bergelar mujahid,mujahidah..
janganlah jadi insan yg hidup tanpa mujahadah...

.::ighfirli Ya Allah atas kekurangan dan kelemahan dalam mentarbiyah diri::. :)
@>--------


Tiada ulasan:

Catat Ulasan