Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Rabu, 13 Julai 2011

Hukum memberi salam dan menjawabnya...



Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki.

1. Memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.

2. Memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang..

3. Memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan.

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan.

1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.

2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.

3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberi salam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.

4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.

5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.

6. Apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.

7. Harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa.

1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya

2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak.

1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafaz dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.

2. Sekiranya orang yang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafaz dan isyarat.

Ucapan salam antara orang yang boleh bertutur dengan orang yang bisu.

1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.

2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas ?????? sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafas????? ??? ?? ???? ????? pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir.

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita.

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orang yang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)

2. sedang jimak.

3. sedang istinja.

4. sedang minum.

5. sedang makan.

6. sedang tidur.

7. sedang mengantuk.

8. sedang sujud.

9. sedang sembahyang.

10. azan.

11. iqamat.

12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:

1. Kanak-kanak kepada orang dewasa.

2. Orang sedikit terhadap orang yang banyak.

3. Orang yang datang terhadap orang yang duduk

4. Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan