Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Selasa, 15 November 2011

solat

Orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya tidaklah membuatkan batal solatnya. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya. Pahala diberi oleh Allah SWT bergantung kepada sejauh mana kekhusyukan seseorang itu didalam solatnya. Jika ia khusyuk di satu perdua solatnya, maka ia mendapat pahala satu perdua sahaja dari solatnya. Jika ia khusyuk sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya, bererti ia mendapat pahala sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya. Begitulah seterusnya. Untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat memerlukan perkara berikut:

1. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih dari najis.Begitu juga dengan sejadah. hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan orang yang menunaikan solat.
2 Hendaklah menunaikan solat tepat pada masanya dan secara berjemaah.
3. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising dari kanak-kanak mahupun dari TV, Radio dan sebagainya.
4. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya, kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
5. Bersihkan fikiran dari masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
6. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu, jika merasa perlu berbuat demikian. Kerana orang-orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperolehi kekhusyukan.
7. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga, badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk kepada hati di dalam solat.
8. Hati hendaklah hadir di dalam solat, bukannya melayang tidak tentu arah.
9. Memahami makna bacaan di dalam solat.
10. Merasa gerun kepada Allah SWT.
11. Merasa takut kepadaNya.
12. Merasa malu kepadaNya.
13. Menaruh harapan mudah-mudahan Allah SWT menerima solatnya.

Berhubung dengan doa pula, dalam sebuah hadis dijelaskan Allah SWT akan memperkenankan doa hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam doanya, tidak lalai di dalam doanya itu. Doa orang yang tidak khusyuk yang lalai hatinya tidak akan diperkenankan oleh Allah SWT lantaran keadaan hatinya yang lalai dari Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan