Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Ahad, 27 November 2011

syaitan

Syaitan akan masuk ke dalam mulut orang yang tidak tidak tutup mulut ketika menguap

Orang yang menguap tetapi tidak menutup mulutnya ketika ternganga mulut untuk menguap, maka akan masuk Iblis dan Syaitan. Ini berdasarkan sepotong hadith Rasulullah saw :

Yang maksudnya : "Apabila menguap salah seorang kamu, maka hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangannya, sebab syaitan akan masuk dari mulut yang terbuka itu". (Riwayat Muslim).

Apabila syaitan dan Iblis masuk ke dalam mulut, maka bererti bahawa syaitan telah masuk ke dalam tubuh badan manusia, dan apabila dia mulai masuk ke dalam tubuh badan kita maka bercampurlah darah tersebut sehingga masuk dia ke dalam jantung dan hati manusia. Di sana syaitan akan memainkan peranan pentingnya untuk mengacau dan menjahanamkan manusia melalui beberapa pancaindera lain seperti mata, telinga, kemaluan dan lain-lain yang sudah tidak dapat dikawal lagi. Otak akan menjadi beku dan kaku, fikiran terganggu dan tidak dapat berfungsi untuk menyedarkan manusia itu.


Begitulah kesan dari menguap yang tidak menutup mulut, oleh itu hendaklah kita setiap kali menguap menutup mulut dan membaca A'uzubillah. Aku berlindung diri kepada Allah dari syaitan yang di rejam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan