Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Isnin, 4 Julai 2011

kau seorang mujahid

kAU SEORANG YANG BERTUAH...
kau seorang perawan yang cukup hebat dan beruntung..! kau dilahirkan penuh kebanggan di atas muka bumi ini,,.kau dibesarkan penuh hikmah dan dikelilingi syariat serta batasan2 indah dari tuhanmu..dengan pengharapan kelak kau berjaya menjadi seorang yg berjaya dunia akhirat..berjaya sebagai hamba..berjaya sebagai isteri dan berjaya sebagai seorang anak..
kelahiran mu disambut penuh kesyukuran oleh ibu ayah dan seluruh isi alam maya...kelembutanmu,kesopananmu dan sifat keibuanmu melambangkan kau adalah ciptaan terindah dari tuhanmu..
kau umpama mutiara di dasar lautan yang tak bisa di capai oleh sesiapa pun, bahkan nahkhoda kapal sekalipun..
suatu masa kau pasti di cari..di cari kerana khidmatmu..! mutiara yang di perlukan untuk di simpan bukan diperdagangkan..
~ percayalah pada Allah...kau pasti akan di pertemukan mujahid kebanggan Allah dan rasul..bersabarlah..jangan mudah melatah mencari bahagia yang tak pasti..
ingat...kehadiranmu bukan satu yang sia2..bahkan penuh dengan misi, amanah dan tugas buat agamamu..!
agama yang indah dan akan cukup terindah oleh hiasan darimu..
kau mungkin dipandang lemah..! tapi sebenarnya seorang yg kental dan tabah dalam menharungi perjuangan..!


kau MUjahidah setia...
kau selalu setia dengan tuhanmu..walau sebenarnya dirimu lemah dan terluka..
~ kau seringkali setia dengan janji2 mu..walau terpaksa berkorban..
~ kau selalu setia dengan amanahmu..walau terpaksa bersusah payah..
~ kau selalu setia dengan sifat tabah..walau hati selalu menangis...
~ kau selalu setia dengan impianmu..walau sentiasa di uji..
~ kau amat setia dalam mencintai..tapi tidak pernah mendahului Allah dan rasul...
~ kau selalu setia dengan sifat tulus ikhlasmu..walau diri terpaksa berjuang hebat..

Bangkitlah wahai mujahidah.....
kau pewira hebat dan kebanggaan Allah dan seluruh isi dunia..jadikanlah dirimu benteng dari dosa dan noda...jadikanlah iman dan takwamu sebagai benteng dari murka Allah...
jangan pernah kau membuka ruang hitam untuk menjadi seorang penderhaka kpada Allah..!
ingat...mujahidah solehah adalah penantian penuh makna buat para mujahid soleh...imam yang akan membawamu kpada redha dan kasih sayang Allah...
~ kau mahkota berharga buat suami mu kelak..jangan biar ia terhempas dan akhirnya pecah lalu tiada sebarang nilai...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan