Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Ahad, 3 Julai 2011

tAtKaLa HaTi TeRiNgaT DIA.....





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..... BUAT PEMBUKA WADAH LUKISAN HATI..HARI INI SELAGI LAGI HATI KITA DI CUIT YANG ESA..SEBAGAI BARAKAH UNTUK MENUKILKAN RASA CINTA DAN KASIH KITA BUAT YANG MAHA HEBAT LAGI PERKASA..

Tatkala hati ku teringat pada si Dia...aku terfikir di minda, adakah aku juga  di dalam hatiNYA...
~ Tatkala hati ku mula rindukanNYA...merenung sekejap di minda ku, adakah aku juga menjadi syahid perinduNYA....
~ Tatkala hati ku mula ringan untuk melupakan si Dia...terlintas di benakku, adakah Dia pernah meninggalkan aku sendirian...?
~ Tatkala hati ku rapuh ingin melakukan dosa dan noda..terlintas di fikiran matang ku, adakah semua perbuatan ku ini tidak dilihatNYA..?
~ Tatkala hatiku mula ingin mencintai dan menyayangiNYA..aku terhenti berkhayal..adakah DIRIKU juga dicintaiNYA..
~ Tatkala hati ingin sekali menaburkan benih-benih kasih buatNYA..terfikir juga aku, adakah Dia juga sedang menaburkan benih2 kasih buat diriku ini...
~ Tatkala hati mula memberontak ingin kecewa...terlintas juga pada akal ku ini, adakah Dia merestui perbuatanku ini..
~ Tatkala hati cuba untuk melonjak menjadi seorang yang derhaka...tersentak aku buat sesaat..adakah Dia membiarkan sifat keterlampauan aku ini  tanpa balasan...?
~ Tatkala hati kecil ini mula berbicara tentang nikmatNYA..aku tertanya2 adakah selama ini Dia pernah mengabaikan nikmat rahmat buat aku..? setelah kesenangan yang aku lalui ini..
~ Tatkala hati bergelonjak haloba dunia, terfikir aku...adakah Dia benar2 memberi yang terbaik buat aku di negeri abadi nanti..atas segala ketamakan aku ini,..
~ Tatkala hati ku ini berbisik...aku selalu melakukan dosa tuhan..! masihkah ada ruang kemaafan buat diriku ini..? sudikah Engkau lagi..?
sErIbU pEnGhAraPan.....
~ saat hati dan seluruh jiwa ragaku mengatakan cinta, rindu dan kasih buat MU Tuhan...seolah2 aku berada dalam gengaman mulia MU..akan ku pastikan diriku mendapat apa yang diiinginkan..! apa yang aku pernah hajati suatu ketika dahulu...apa yang pernah aku pertaruhkan...
ku pohon jutaan kasih dan rahmat dariMU, buat diriku yang kerdil di hadapanMU yang maha hebat...semoga aku bisa mencintai dan dicintai MU..
Wahai Tuhanku..untuk selamanya dalam hidup dan matiku..! walau terpaksa berkorban semata-mata untuk cinta MU yang hakiki, akan ku pastikan misi ku ini terlaksana...suatu saat akan ku persembahkan tinta CINTA INDAH buat Tuhanku, cinta yang tulus dari hatiku, cinta yang tidak akan padam dek ujian duniawi...cinta dan harapan yang akan menyelamatkan aku dari bahaya duniawi..dan membawa diri ini ke syurga nan abadi...

tIkA kaSiHNya BeRsEmI....
~ baru ku sedar wahai Tuhan..siapa diri ku sebenarnya..aku mungkin tidak layak untuk mendapat cintaMU atas segala dosa2 ku..tapi, aku hanya seorang hamba yang akan kembali kepada tuhanku juga nanti..susah atau senang, aku mesti membeli dan menghargai cintaMU..
Selama ini aku buta tentang cinta..sebelum ini aku keseorangan dalam mencari cintaMU..aku menongkah arus dalam mengadaptasi cinta buat diriku,kadang-kadang aku terlalu sibuk mengejar cinta yang tak pasti untung nya..cinta sesama insan yang tak seberapa..!
kini..aku di tongkah satu arus cinta nan suci dan tulen..! cinta yang aku pasti harganya..yang aku tahu habuannya..itulah CINTA TUHANKU...cinta yang membuatkan diriku berharga..cinta dan kasih yang mendambakan bunga2 kebahagiaan..cinta yang membajakan iman dan takwa buatMU..
buat Iman dan Takwaku....kau tidak usah berpaut pada pautan lembut yang tidak bisa menguatkan mu..kini kau ada pautan kuat lagi kukuh..kau ada CINTA YANG ESA...BIarkan cinta itu ada untuk hari ini dan selamanya, biarpun  bernafas didalam lautan dalam..kau masih boleh bernafas kerana cinta tuhanmu..kau masih ada rahmat dan inayahNYA..
IMANKU...TAKWAKU...kau akan bahagia kerana pilihan mu itu..percayala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan