Message

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Follow me...(^_^)..

Selasa, 5 Julai 2011

"  Memiliki hidup yang sempurna memang idaman semua orang. Apatah lagi kesempurnaan dari segi fizikal dan material. Tetapi tidak semua orang dapat beroleh apa yang mereka inginkan. Bagaimanapun kesempurnaan bukanlah pada material semata-mata, sebaliknya pada rohani dan mental juga. Ana ingin berkongsi tip-tip ini dengan sahabat semua, mungkin ada faedahnya untuk kesejahteraan dan kebahagiaan semua "
Insya ALLAH...

1. bersyukur apabila mendapat nikmat.

2. bersabar apabila mendapat kesulitan

3. tawakal apabila merencanakan sesuatu

4. ikhlas dalam segala amal perbuatan.

5.  jangan membiarkan hati larut tenggelam dalam kesedihan

6.jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.

8. jangan rasa tergugat dengan kekayaan atau kemewahan orang lain.

9. jangan berhasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.

10. jangan sombong bangga diri kalau beroleh kejayaan.

11. jangan tamak terhadap harta

12. jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan.

13. jangan hancur kerana kezaliman.

14. jangan goyah kerana fitnah.

15. jangan memasang keinginan terlalu tinggi melebihi kemampuan diri sendiri

16. jangan campurkan harta dengan harta yang haram.

17. jangan sakiti ibu bapa, sama ada secara fizikal atau mental

18. jangan usir orang yang meminta-minta

19. jangan sakiti anak yatim

20. jauhkan diri daripada dosa-dosa  besar

21. jangan membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil

22. jangan mudah percaya kepada ramalan manusia

23. usah terlampau takut jika hidup miskin

24. banyakkan berkunjung ke tempat ibadat dan tempat ilmu

25. solat dengan ikhlas dan khusyuk

26. lakukan solat fardhu diawal waktu dan lebih elok jika solat berjemaah

27. biasakan diri dengan solat malam

28. banyak zikir dan doa kepada ALLAH

29. lakukan puasa sunat dan wajib

30. ambil berat dan hormati fakir miskin

31. jangan ada rasa takut kecuali kepada ALLAH

32. kawal kemarahan

33. jika cintai seseorang, berpada-padalah

34. bersatulah kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH

35. latih diri untuk banyak berfikir

36. jika berjanji, penuhi janji, jika gagal penuhi janji, segera mohon maaf

37. jangan suka bermusuh dengan manusia, kecuali dengan iblis/syaitan

38. hormati semua orang, tidak kira tua muda, miskin, atau kaya.

39. jangan terlalu takut kepada manusia

40. jangan sombong, takbur dan besar kepala

41. adil dalam semua urusan

42. biasakan diri beristigfar dan bertaubat kepada ALLAH

43. bersihkan rumah atau elakkan patung-patung sebagai perhiasan kediaman

44. hiasi kediaman dengan bacaan al-Quran

45. jalin silaturrahim dengan lebih ramai orang

46. berpakaian menutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

47. bersembang, berbual, bercakap secara sederhana dan berpada

48. mendirikan rumah tangga jika sudah tiba masa

49. hargai masa dan berdisiplin dengan waktu

50. biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. jauhkan diri daripada penyakit-penyakit batin (hati).

52. luangkan masa untuk bersantai dengan keluarga.

53. makanlah secukupnya, tidak lebih dan tidak berlebih-lebih

54. hormati guru dan orang bijak pandai

55. sering berselawat ke atas Rasullullah

56. menghargai dan mencontohi sirah, keluarga dan sahabat Rasullullah

57. jangan terlalu banyak berhutang

58. elakkan diri daripada terlalu mudah berjanji dengan sesiapa pun

59. selalu mengingatkan diri mengenai kematian, dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara

60. jauhkan diri daripada perbuatan tidak berfaedah seperti cakap-cakap dan borak kosong

61. bersahabat dengan orang orang soleh dan bijak

62. sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristigfar

63. lakukan ibadah haji dan umrah apabila berkemampuan

64. maafkan orang lain yang berbuat salah kepada anda

65. usah berdendam dan jangan ada niat untuk membalas dendam

66. jangan hanya membenci seseorang hanya kerana dia tidak bersefahaman dan sependirian dengan kita

67. jangan benci kepada orang yang membenci kita.

68. belajar untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. ringankan beban orang lain dan bantu mereka yang berada dalam kesusahan

70. jangan malukai hati orang lain, sama da secara fizikal atau mental

71. jangan biasakan diri bercakap bohong

72. berlaku adil, walaupun kita sendiri mungkin akan rugi

73. jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab

74. laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan

75. hormati orang lain yang lebih tua.

76. jangan membuka aib orang lain.

77. lihat orng yang lebih miskin, maka bersyukurlah (kerana kita lebih beruntung daripada dia) lihat pula orang yang lebih berjaya (maka contohilah dia)

78. ambil pengajaran daripada pengalaman orang-orang arif dan bijaksana

79. sediakan waktu dan ruang untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan (muhasabah diri)

80. jangan bersedih kerana diri miskin dan sombong kerana kaya

81. jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

82. kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

83. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara

84. bercakap hal yang baik-baik sahaja atau jika tidak, diam.

85. hargai kekayaan dan pemberian orang

86. jangan habiskan waktu untuk sekadar berhiburan dan bersenang-lenang

87. akrabkan diri dengan semua orang, walaupun orang yang tidak menyenangkan

88. pilih waktu yang sesuai untuk bersukan yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri

89. jangan berbuat sesuatu yang boleh menggangu dan menjejaskan kesihatan jasmani atau fikiran

90. ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita

92. jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain rasa terhina

93. jangan cepat percaya kepada berita yang tidak baik mengenai teman-teman anda sebelum anda pastikan sendiri kesahihannya

94. jangan bertangguh untuk melaksanakan tugas dan kewajipan

95. sembutlah huluran tangan orang lain ( pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan tatepi tanpa berlebihan.

96. jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri

97. waspada akan setiap ujian, cubaan, godaan, dan tentangan, jangan lari dari kenyataan kehidupan

98. yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan, setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan

99. jangan bina kejayaan atas penderitaan orang lain dan jangan bina kekayaan dengan memiskinkan orang lain

100.yakinlah akan bantuan ALLAH dan hanya dia tempat mengadu terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan